Thursday, August 18, 2011

Nujum Pak Belalang

Korang pernah tengok cerita klasik P. Ramlee Nujum Pak Belalang tak?


Itu cerita favourite aku!

Masa aku kecil, ayah aku selalu ceritakan kepada aku Nujum Pak Belalang.
Memori indah~

Malam tadi semasa aku nak menutup tingkap bilik, seekor belalang melompat masuk ke dalam bilik aku.

Dulu aku rasa belalang ni serangga yang comel.
Tapi tadi aku tengok, tak comel langsung!

Dah la besar gila!

Serius besar!

Bukan sebab aku takut, jadi aku kata serangga ni besar, tak... Dia memang besar~

Oke, tak. Pengakuan. Aku takut.

Sekarang aku takut dengan binatang kecil yang boleh lompat. Semuanya disebabkan lipas-terbang-mabuk-spray-tak-mati! Patutnya aku takut dengan labah-labah, sekarang, tak lagi.. Takut sedikit je.

Serangga hijau ni, entah kenapa macam seronok la pulak masuk bilik aku, beria melompat-lompat satu bilik. Aku pun ikut sama lompat, sebab takut.

Banyak kali jugak la belalang ni hinggap di atas katil dan bantal aku. Masa aku tengok belalang tu seronok bermain-main atas katil aku, aku yang jadi geli-geliman dan kemiangan.

Aku pun mintak la tolong dari pembantu rumah aku. Oleh kerana Bibik baru-baru ini pernah membuang seekor ular (Ya. Ular hidup. Dengan tangan!) yang berada di rumah aku, so aku fikir, boleh lah membantu aku membuang belalang itu.

Aku: Bik. Tolong buang belalang tu. Saya geli.

Bibik: Eh, bibik pun takut. Belalang itu besar kali.

Aku: Bibik hari tu boleh je pegang ular siap campak kat hutan sebelah ni.

Bibik: Itu ular kecik.. Ini besar.. Bibik pun takut~~

Aku: Ular tu boleh patuk Bik, lagi bahaya. Ni belalang je, tak gigit pun.

Bibik: Kok besar gitu tak gigit. Spray dengan ridsect sudah la.

Aku: Kesian la pulak belalang tu. Sesat. Tak pasal-pasal mati. Tak apa lah Bik, saya cuba keluarkan sendiri.

Perasaan aku masa tuT_T

Aku pun bukak tingkap seluas yang boleh. Tapi belalang tu masih tak nak keluar. Dok melekat dengan katil aku.

Idea penyelesaian:

  1. Nak ambil tongkat untuk tolak serangga tu keluar, aku tak tau tongkat dekat mana.
  2. Nak guna payung, payung dekat luar. Nanti kalu aku ambik payung, hilang pulak belalang ni entah kemana.


Aku pun survey bilik aku untuk mencari barang yang sesuai.

Yang penting, mesti panjang

Aku terpandangkan gitar aku di sudut almari.

Kalau belalang tu lompat dekat aku, terpaksa je la aku hentuk dengan gitar ni.

Aku pun tolak la belalang tu menghala ke tingkap. Belalang tu melompat kesana sini apabila ditolak. Siap lompat atas kipas lagi.

Huuu, jangan belalang.. Nanti mati kamu kena blender situ...

Akhirnya,
aku berjaya keluarkan belalang itu. Fuhhhhhh!!!

Aku rasa bangga... Aku berjaya menolong belalang itu keluar...

Aku tau korang mesti pikir,
ek eleh~ pasal belalang masuk bilik pun nak kecoh ke?

Itu permulaan je, tak sampai klimaks lagi.

Sambung cerita

aku pun bergerak untuk menutup tingkap.

Tiba-tiba abang aku yang berada di luar bersuara,

Abang Hasnul: Eh, Tre (kucing aku)..Ada apa kat mulut tu?? Tre dapat tangkap apa tu?? Eh eh, belalang........

Belalang?!?!?!?! 

Aku punya la separuh mati nak bagi kebebasan untuk belalang tu... Tau tau, mati katak macam tu je???

Abang aku kehairan tengok aku yang melekat di grill tingkap sambil merintih kesedihan atas nasib belalang itu.

Belalang, ohh belalang, tu la kau... Aku dah kata dah... kau tak nak dengar...
                                                              -Pak Belalang, Nujum Pak Belalang

4 Scrawlins:

Aena 'Nena' Wani said...

kte dapat bayangkan muka kmu.. hahaha.. sian belalang~

P3 Nebby-Lax said...

mmg la kmu dpt bygkn, kite da crite kt kmu dlu dlm krete.. mcm2 ekspresi kite buat...

shafi8 said...

nebby dengan belalang sama je..comel..HAHA

Hazlina Aziz said...

pnh tgk belalang buat projek??
kte pnh..kt blik wani kecik..
projek rumate dia..

Post a Comment

Facebook
Twitter
Flickr