Aku pernah menjadi fasilitator orientasi bagi budak-budak yang baru masuk universiti. Fasilitator ni dekat universiti aku dipanggil OC. Orientation Committee maksudnya. Aku memang aktif tak kira la kat universiti ke, sekolah ke. Memang jenis tak boleh duduk diam kat rumah. Itu kira skema ke aktif?
Tak kesah lah. So...
Ada satu pagi masa minggu orientasi ni, OC-OC dibekalkan dengan makanan pagi. Pagi itu, kami dibekalkan dengan bihun goreng dan telur rebus. Entah kenapa, kebanyakan telur rebus yang dibekalkan sudah agak expired. Apabila aku kupas kulit, hah! Keluar la bau yang agak tak menyenangkan. Tetapi oleh sebab aku ni memang jenis tak ambik kisah, aku makan jugak.
Tapi kebanyakan OC yang berkira, memang tak makan la. Ada jugak OC yang macam aku yang makan jugak.
Ada la seorang OC siswa ni yang bernama F****** (tak nak bagi tau nama dia kat korang, malu!), dia mintak tolong aku kupaskan telur rebus untuknya sebab tangan dia yang dah penuh. Dengan baik hatinya aku pun kupaskan telur rebus yang expired tu.
Nak dijadikan cerita, aku memang selalu kenakan OC F ni. Entah kenapa, seronok! Aku suka kenakan OC yang lain jugak (macam aku bagi OC R****** ngn R**** minum air masin, prank yang sangat best! Lepas tu, aku yang kena balik. Yep, memang best!).
Lepas aku kenakan OC F ni, macam biasa, kiteorang akan gaduh. Bukan lah gaduh sampai tumbuk-tumbuk. Tak...... Setakat gaduh mulut je. Yang si Ainaa Hazwani Razak, seronok tengok aku bertengkar. Entah apa yang menarik, aku pun tak tau.
Oleh sebab tak larat nak layan si F, aku pun mengangkatkan tangan aku dekat dengan mukanya. Konon-konon macam "Talk to the hand" la...
F: Wey, busuk la tangan kau!
Aku: Wey! Busuk pun sebab pegang telur kau la tadi!
F: ..................
Memang salah ayat aku tu. Nak buat macam mana, aku innocent. Yang si F pulak, lelaki. Memang tak kena ayat aku.
Masa tu Aena dah buat muka kerut seribu yang bermaksud "Nebby, you did not just say that out loud!"
Ya. Aku memang pandai baca muka orang.
Nasib baik tangan aku tutup muka mamat ni, tak dapat la dia tengok muka aku yang tengah menyesal + malu yang melampau amat sangat!
Kepada OC yang berkenaan, kalau la dia terbaca post ni.. ko mesti terdiam dan terkedu kan masa tu?
Jangan jawab, jawab dalam hati je. Nanti orang tau la kau siapa~
Bagi yang dah lama kenal aku, aku ni memang selalu memalukan diri sendiri. Setuju tak?
Thursday, September 08, 2011
P3 Nebby-Lax


9 Scrawlins:
wakakaka, ini kelakar, sengal btoi..
aku pun terasa sengal~ smpai skang malu~ >.<
Nebby!!!!Ya Ampun..XD
ejie tau ke sape? huhuhuh...
hahhaha!! I was there! I witness it all!! u did say it out loud.. kte pun segannnnn
err...bkn aku kan.....kan? kan?lalalalala~
haaaaaa.. fayyadh terasa kaaaaa??? hahahahahaha... sape mkn cili dia rase masin nye weiiii
eh silap.. rase pedas~
hahahga...taaak~ aku cool jee...
Post a Comment