Saturday, November 12, 2011

Dream wedding aku eh...


Sebelum korang pikir aku ni gatai nak kahwin, chop!

Aku baru lepas baca post Aena yang terbaru pasal her dream wedding, ok?!

Lagipun, aku memang baru je balik dari majlis perkahwinan anak kepada kawan Enda, ok?!

So, aku rasa nak menyibuk jugak nak cerita pasal dream wedding aku.

Plus, aku dah lama tak
update blog... Huuuu

Let’s start!

1. Tiada persandingan! Aku tak suka bersanding. Untuk aku, it’s a complete waste of money. (Mesti ramai jejaka kat luar sana nak kahwin dengan aku sebab ni.. hahahaha perasan tul!). 

Pandangan mata luar terhadap majlis persandingan:
Satu hari untuk duduk cantik-cantik atas pelamin tepung tawar bagai oleh keluarga dan sahabat handai.

Pandangan aku terhadap majlis persandingan:
Satu hari semata-mata untuk duduk atas kerusi di hadapan semua orang sambil dipercik dengan air. Kalau la ada sesiapa nak lepas geram, boleh je lepas geram simbah air terus dekat pengantin. Kan?

2. Oleh sebab tak ada persandingan, bajet boleh la banyak-banyak dekat akad nikah. Kan kan kan?



Tapi tak la banyak sangat sampai membazir. No no no! Tapi yang aku tahu, aku nak majlis ni berlangsung di rumah aku. Bukan tempat lain.

3. Tema warna: Hitam putih! Aena pernah bertanya pasal hal tema ini masa sekolah

Aena: Nebby, nanti bila kamu kahwin nanti kamu nak tema warna apa?
Aku: Hitam!
Aena: Kenapa hitam?! Kamu berkabung ke ape?!
Aku: Sebab tak pernah lagi tengok ada pengantin pakai warna hitam. Macam style je!

Setelah pikir bertahun-tahun lamanya, aku decide untuk ambik warna hitam putih.



Aku jenis yang sukakan keseimbangan, macam yingyang, fire and ice, konsep macam tu laaa. So aku rasa hitam putih tu kena dengan taste aku. Aha!

4. Make up, seringan yang boleh. Aku tak kisah la apa yang orang cakap, aku nak pakai make up pun dah kira bertuah dah tu ok! Lagi satu, aku yang nak kahwin! Kalau mak andam tu pakaikan aku make up lebih dari 0.1 mm tebalnya, aku gigit mak andam tu.

5. Makanan. Nasi lemak. Untuk makluman korang semua, aku tak suka nasi minyak! Senang cerita aku tak suka nasi yang warnanya lain dari warna putih! Lagi pun, biar la wedding aku ni jadi lain dari yang lain. Aku kan memang dilabel pelik, so might as well just go with the flow. Kan? 

6. Karaoke lepas makan! Aku suka dengar pakcik-pakcik saudara aku karaoke lagu lama-lama. Lagi pun Babah suka karaoke jugak. At least aku boleh la buat something yang dia suka masa wedding aku. Rasa macam Babah pun ada masa tu. =)

7. Lagu yang wajib dimainkan masa wedding aku nanti: Sheila Majid – Aku Cinta Padamu. Jiwang gila tak? Senang cerita lagu ni pernah dimainkan masa wedding abang saudara aku. Masa dieorang pasang lagu ni, aku suka tengok cara abang saudara aku tengok isteri dia sambil dieorang jalan beriringan. Aku terus macam 
Damn! Aku nak jugak lagu ni masa wedding aku!

8. Aku nak kahwin waktu malam lepas Maghrib dan masa bulan purnama. Sebab aku perlukan waktu siang untuk mententeramkan jiwa ku yang bakal berkahwin. Mesti la cuak dan excited kan? Takkan bangun tidur terus bersiap nak kahwin. Gila laaa. Kalau aku confirm sakit jantung bangun pagi terus kahwin! Lagi pun malam tak panas sangat kalau nak dibandingkan dengan siang. Aku sangat suka bulan dan bintang. So biar la wedding aku pada waktu yang aku suka.



9. Kek kahwin aku taknak setinggi KLCC. Aku nak kek aku tu sedap dimakan, bukan setakat cantik luaran je. Oh lagi satu, aku nak kek coklat! Kek lain tidak diterima.



10. Wedding aku akan dihiasi dengan fresh flowers. Ya. Aku sebenarnya suka bunga. Mesti tak banyak yang tahu kan? Aku suka ros merah.



Aku rasa kena jugak la dengan tema hitam putih aku ni. Aku taknak hiasan lain yang ada warna merah. Aku nak bunga je warna merah. Yang lain hitam putih!




Basically, ini la yang aku idamkan masa wedding aku nanti. Mungkin ada yang rasa pelik dengan cita rasa aku ni. Dah kata dream wedding aku kan, kalau tak pelik, dah kena panggil realistic wedding la kan. Tak gitu? 

So bakal suamiku (whoever you are), simpan la duit dari sekarang eh. HEHEHEHE~


2 Scrawlins:

shafi8 said...

perghhhh!hehe.. :ppp

P3 Nebby-Lax said...

demand gila kan shafiq? hahahaha

Post a Comment

Facebook
Twitter
Flickr